Sunday, December 21, 2014

Party pooper.


Aku suka nak ajak2 hub pegi mana2. Iyelah. Bila surirumah sepenuh masa plus menjaga baby, rumah lah tempat keje aku, rumah la movie theatre aku, rumah la tempat tido, tempat jogging dan rumahlah segala-gala-galanya.

Hub plak keje xtentu masa. Kejap keje kejap off. Kejap outstation bhari2. So weekend kami tak sama mcm org lain. Plus hub a person who dislikes crowd. He prefers to go out when people are less. Kami lain. Aku suka keluar bila org keluar. Rasa meriahlah bila ramai2. Teruja.

The biggest party pooper he is. Dia taknak keluar bila aku ajak on saturday evening, tapi dgn kuasa pujukan berbekal pengalaman isteri 2 tahun ni bjaya la jgk heret laki sndri keluar Haha. Bukan aku nak ajak pi shopping ntah mna2 pasaraya. Just that i think i must get my son out to see the sun and feel the breeze kat pantai. WELL BABY NEEDS STIMULATION. FROM SURROUNDING. TO SMELL,TOUCH, FEEL NEW THING.

Aku betul2 tak boleh dengan org buat muka tpaksa dgn aku. Mcm la aku mntak rm5ribu nak beli baju. Aku hampir nak cancelkan trip ptg smlm melihatkan muka tpaksa laki aku. Kalau bkn sbb aku kesiankan baby aku yg boring kat rumah tu aku cekalkan hati tuk duduk sebumbung dlm krta tu dgn laki aku. Betul aku ckp kalau xde anak mmg aku xhadap la nak duduk sblah org yg xikhlas tolong drive utk aku ni. Hahaha.

Sepatutnya aku kena ceriakan keadaan supaya trip tu jdi seronok dan laki aku happy tpi dsebabkan aku makan hati byk sgt so aku diamkan diri dlm kereta dan cuma main ngan baby.
Aku nak dia tahu aku tgh sakit hati. Klu aku marah2 bebel2 bkn nya laki aku amik pusing. Last2 double sakit hati. Baik aku buat silent treatment. Ok.

Lastly. Die sendiri teruja pegi taman dan ajar baby sendiri tatih kt pantai. Itula. Aku ajak die xnak. buat muka ketat. Bkn aku ajak perabih duit. Buat kenangan dgn anak je pon. Adoii geram betol aku laki aku sorg nih.

Tamat.

Friday, December 12, 2014

Being a housewife - is a gift


Aku simpati dengan nasib perempuan zaman moden. Simpati dengan diri sendiri terutamanya. Kita dididik untuk jdi lebih gagah lebih hebat dpd lelaki. Kononnya untuk kebaikan wanita dan keluarga dan negara -KONONNYA. Padahal kita tersungkur rebah dlm segala hal. Anak dididik entah bagaimana. Suami diabai seperti anak bujang. Agama didada belum tentu paham akan asas semudah  fardhu ain. Tapi kita bangga bergelar wanita bekerjaya.

Aku juga di asuh tuk jadi wanita punya mata pencarian sendiri. Kiri kanan aku wanita semua punya duit sendiri. Itulah impian aku sejak dibangku sekolah. Semua murid perempuan punya cita2 sendiri. Semua ditanam dibenak dada sedalam akal pemikiran bahawa semua harus ada kerjaya.

Aku menangis semahu dan selamanya tatkala aku gagal dlm pelajaran. Hancur harapan aku. Aku tanya pada Allah. Ya Allah kenapa Kau tidak makbulkan doa ku ya Allah. Aku benar2 memohon agar diberi peluang utk bahagia sprti org lain. Kemudian berpusing pikiran aku memikirkan doa2 ku yg aku lafazkan dulu. Rupa-rupanya ku tidak pernah meminta mendapatkan pekerjaan. Tidak pernah meminta agar mendapat gaji tetap bulanan. Cuma yg aku minta hanyalah - apa yg terbaik utk aku .

Sekarang aku tak punya pekerjaan. Tak ada penyata gaji, kwsp, socso. Tapi rezeki Allah itu pasti. Pada hamba2 nya. Yg meminta ataupun tidak. Rezeki hadir melalui suamiku. Rezeki kami sekeluarga. Meskipun tak mewah namun tak miskin. Cukup. - apa yg terbaik utk aku

Tatkala ada manusia bodoh memaksa wanita2 bekerja untuk menampung kadar hidup yg semakin kejam. Memerah segala kudrat yg lemah diluar dan didalam rumah. Mencanang ideologi moden sebagai super mom. Pilihan atau tiada pilihan adalah hak individu.

Nak hias rumah cantik-cantik tapi rumah sewa


Aku percaya ni masalah kebanyakan pasangan muda yg baru kawen dan bkobar2 nak jadikan rumah masing2 ala2 showroom kedai perabot.

Haa. Aku pon tergolong la dlm kategori ni. Haha.

Aku suke sgt rumah mcm dlm katalog ikea tu. Seswai ngan jiwa aku yg suke rumah kecik chomel2 dan penuhhhh dgn barang. Bru ade feeling homey2 skit. Ruang besar dan kosong aka simple buat aku rasa mcm tak belong kat situ jek. Rasa mcm bukan rumah tpi hotel. Itu perasaan aku ler. Korang aku taktaw.

So masalah timbul bila itu rumah sewa! Bila aku sewa rumah dan plan nak duduk rumah sendiri dlm masa 2-3 tahun lgi (aminnnn) nak membeli perabot besar2 dan tahan lama amatlah meresahkan jiwa. Satu susah dtg bila nak pindah rumah ofcos. Satu susah lgi dtg bila perabot tu no longer suits the new room/house so "terpaksa" la beli perabot baru. Kan membazir tu namanya.
Maka nya rumah sewa ni kosong sbb aku tak boleh nak buat keputusan. Fenin diri ini memikirkan ruang2 kosong rumah.

Wait for my incoming project - dinning area.

My recent dining area is like - coffee table brought from tv area to be the table. Sitting on floor. The coffee table is a bit higher than japan desk. Susah sbb terpaksa jongkit siku utk suap mknn. Sigh.

Can not do much as the house is rented.

I will post before and after picture after this.




Thursday, December 11, 2014

Give moms the gift of time





I need time too.

Video terbaik. Bergenang air mata tgk iklan tu dlm youtube nih. Because I'm feeling it. Moms can't turn away when the children cry. Especially the cries like that ( in the video ) very real cries. To all moms out there. I am feeling it.  And i need it.

I need time too.

Tips to get a beautiful baby .tips mendapatkan bayi comel




Wah2. Siapa tak nak dpt baby comel kan. Small tips. It is not proven by any research. Tapi petua2 org zaman batu dulu. Wink2.

Ok. First. Mental/mind power. Org zaman dulu pantang ibu mengandung tuk tengok apa saja yg buruk/pelik/jijik. Takut la terkenen pada bayi yg dlm perot. Dan disuruhnya kita ibu mengandung tgk benda cantik2 aje. Kawan2 dulu pun  pesan kalau nak baby comel kena tgk baby2 comel lain. Nanti muka baby kita ikut muka baby comel tu. Hahaha. Ahli2 sains mesti bangkang semahunya isu nih. Well that is what i've been told. Tak rugi pon cuba. i will go to the moon and back for you my little huney bum. So i download la sebanyak mungkin gambar baby comel dlm handphone ni. Kalau dulu cik abam syg jdi wallpaper sekarang gambar random baby comel mana ntah jadi wallpaper. Fuhh amin anak umi comel mcm anak org arab. hahahaha.

P/s: sesapa yg dah try buat mind power tips ni sila la kongsi gambar baby comel masing2. Kot2 ade org nak amik buat tuk buat research.

Thursday, December 16, 2010

DECEMBER POURS

passed 1 in the no0n
with no sign of sunshine
the rain pours

it will not stop.

i just woke up
to the sound of pours
i closed my eyes
and listened
to the sound of pours

i fell asleep

my heart full of sunshine
because of the rains
i smiled in my dream
to the sound of DECEMBER POURS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...